Image Banner

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT, INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2027

Permohonan telah dibuka!!!

Jom daftar segera bagi yang berminat melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dalam Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan, Gemencheh. Pelbagai kelebihan dan kemudahan yang disediakan.

 

Permohonan telah dibuka bermula 5 Mac 2024 sehingga 31Mac 2024. Sila klik pautan di bawah untuk permohonan. 

https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon 

LAGI

PROGRAM SANTAI JHEAINS BERKAMPUNG

Seramai 10 orang mahasiswa ITQAN dan seorang pensyarah pengiring yang terlibat dalam program santai JHEAINS berkampung yang dianjurkan oleh JHEAINS Tampin dengan kerjasama dari pelbagai pihak yang terlibat dan program tersebut telah diadakan di Felda Bukit Rokan pada 16 hingga 18 Jun 2023.
 
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung antara nya ziarah orang kampung, klinik Al-Fatihah yang dipimpin oleh mahasiswa ITQAN, masak beramai-ramai, ceramah perdana dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.
 
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
LAGI

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN & AL-QIRAAT INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SEMBILAN (ITQAN) SESI 2023-2026

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN & AL-QIRAAT INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SEMBILAN (ITQAN) SESI 2023-2026

Calon boleh mula membuat semakan tawaran pada jam 2.00 petang, 20 Jun 2023 sehingga 22 Jun 2023.

Semakan boleh dibuat di laman Facebook ITQAN :
https://m.facebook.com/ITQANS

Calon yang BERJAYA perlu memberi maklum balas SETUJU TERIMA / TOLAK TAWARAN SEBELUM atau PADA 22 JUN 2023.

Surat tawaran dan slip setuju terima/tolak akan dihantar secara EMAIL kepada calon.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
06-767 2831 / 2817
Unit Pembangunan Insan
Bahagian Pendidikan JHEAINS

Semoga berjaya!

LAGI

PENGHANTARAN KEPUTUSAN SPM 2022

Bagi Calon SPM 2022 yang hadir Ujian & temu duga Program Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) Sesi 2023-2026, calon WAJIB untuk mengemas kini keputusan SPM 2022 yang sebenar. Salinan Slip SPM 2022 boleh dihantar dengan mengimbas QR Code yang tertera atau klik pada pautan di bawah :https://forms.gle/9MVxCRwwNSDLxuKy6 .
 
Salinan yang dimuat naik perlu dibuat pengesahan akui SAH. 
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Pembangunan Insan di talian : 06-767 2831 / 2817
LAGI

BENGKEL COACHING DAN MENTORING

Melaka - Pada 3-4 Jun 2023 telah berlangsung bengkel Coaching dan Mentoring yang dianjurkan oleh Institut Tahfiz Al-Quran di A Famosa Resort, Melaka selama dua hari. Tujuan bengkel tersebut diadakan untuk memberi pendedahan mengenai teknik-teknik Coaching dan Mentoring yang berkesan kepada pensyarah dan kakitangan ITQAN agar dapat dipraktikkan dalam pekerjaan. Justeru itu, pensyarah dan kakitangan ITQAN juga dapat menambah ilmu mengenai pengurusan akademik dan pengurusan pentadbiran bagi memantapkan lagi kemahiran tersebut. 

LAGI


PERMOHONAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN & AL-QIRAAT INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SEMBILAN (ITQAN) SESI 2023-2026

PERMOHONAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN & AL-QIRAAT INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SEMBILAN (ITQAN) SESI 2023-2026

Permohonan ke Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat ITQAN telah dibuka bermula 14 Februari - 31 Mac 2023.

Permohonan boleh dibuat dengan mengimbas _qr code  atau melalui channel telegram https://t.me/+0xs1UB7-J3k3MzI1

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Pembangunan Insan, Bahagian Pendidikan JHEAINS di talian 06-767 2831/2817

LAGI

Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan